My Add

Tuesday 12 June 2012

Tidak berlandaskan Islam

KUALA LUMPUR, ISNIN. 11 Jun, 2012: Permintaan Pas supaya ahli-ahlinya yang terpilih sebagai jemaah haji pada tahun ini menangguhkan ibadah itu atas faktor Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) jelas merupakan satu tindakan tidak berlandaskan Islam.

Malah Pengerusi Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Dr. Fadlan Mohd. Othman turut mengingatkan kepada semua jemaah haji terbabit bahawa besar dosanya bagi mereka yang berkemampuan menunaikan Rukun Islam tersebut tetapi sengaja melewat-lewatkannya.

Beliau berkata, sepatutnya Pas lebih mengutamakan perlaksanaan Rukun Islam atau amalan fardu ain dan bukannya memberi penekanan terhadap soal berkaitan fardu kifayah.

''Adalah tidak wajar ibadah haji ini dilewat-lewatkan jika ada kemampuan untuk menunaikannya dengan segera.

''Justeru Pas seharusnya mengagihkan tugas untuk hadapi pilihan raya ini kepada ahli-ahli yang lain dan bukan meminta jemaah haji yang terpilih menangguhkan pemergian mereka. Besar dosanya bagi mereka yang mampu tetapi melewat-lewatkannya,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini....

No comments:

Post a Comment