My Add

Saturday 9 June 2012

Musibah hilang kad pengenalan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 08 Jun, 2012: Seorang wanita terkejut apabila diburu beberapa bank kerana gagal menjelaskan pinjaman pembelian rumah dan kad kredit yang tidak pernah digunakan, dipercayai berpunca setelah kad pengenalannya hilang dalam kejadian ragut di Taman Melewar, Gombak, 18 tahun lalu.

Noor Lela Nazri, 40, mula menyedari kad pengenalannya disalah guna selepas dimaklumkan seorang pegawai bank mengenai tunggakan hutang dua keping kad kredit yang kononnya dimohon sejak 23 Mei 2003.

Operator pengeluaran sebuah kilang berpendapatan RM440 sebulan itu yang terkejut apabila mengetahui perkara itu kemudian membuat laporan polis.

Bagaimanapun, tiga tahun berikutnya Noor Lela sekali lagi dimaklumkan pihak bank tersebut berhubung tunggakan kad kredit yang berjumlah RM22,500.

Kad kredit tersebut dikatakan dipohon pada 19 Jun 2003 dan siasatan pihak bank berkenaan menunjukkan pemohon menggunakan kad pengenalan lama berwarna merah milik mangsa. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment