My Add

Saturday 9 June 2012

Naib Canselor Unisel lega, berterima kasih

SHAH ALAM, JUMAAT, 08 Jun, 2012: Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Prof. Dr. Anuar Ahmad melahirkan rasa gembira dan lega dengan keputusan menarik balik pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk pelajar baru universiti itu hari ini.

Beliau juga berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk kerajaan Pusat dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang memutuskan untuk menarik semula pembekuan pinjaman itu.

Menurut beliau, pihaknya dipanggil oleh PTPTN pagi ini untuk berbincang sebelum dimaklumkan mengenai penarikan semula pembekuan pinjaman pengajian tinggi itu melalui sepucuk surat yang diberikan kepadanya.

“Bagi pihak Unisel, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat, ‘’ katanya kepada pemberita di kampus Unisel Shah Alam, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment