My Add

Wednesday 27 June 2012

Najib adakan pertemuan dengan Presiden Republik Guinea

*PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyambut ketibaan Presiden Republik Guinea, Alpha Conde di Kompleks Perdana Putra, jam 10 pagi tadi. Conde berada di Malaysia untuk lawatan rasmi empat hari bermula semalam. - Foto REUTERS

PUTRAJAYA, RABU, 27 Jun, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Republik Guinea, Alpha Conde di pejabatnya di sini. 

Najib menyambut ketibaan Conde sebaik beliau tiba di Kompleks Perdana Putra, jam 10 pagi.

Conde diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana sebelum kedua-dua pemimpin meneruskan mesyuarat di aras lima.

Ia akan diikuti dengan mesyuarat dua hala Malaysia-Guinea di aras tiga. 
Conde berada di Malaysia untuk lawatan rasmi empat hari bermula semalam. 
Ini adalah lawatan pertama Conde ke Malaysia. - BERNAM

No comments:

Post a Comment