My Add

Wednesday 27 June 2012

Tunku Mukhriz pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-229

KUALA LUMPUR, RABU, RABU, 27 Jun, 2012: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-229 di Istana Negara di sini. 

Mesyuarat hari pertama itu dihadiri semua Raja-Raja Melayu kecuali Kedah diwakili Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah dan Pahang oleh Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiringi Ketua Menteri masing-masing kecuali Sarawak yang diiringi Menteri Perumahan Negeri Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg.

Santapan malam bagi memuliakan Mesyuarat ke-229 Majlis Raja-Raja akan diadakan di Istana Negara malam ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment