My Add

Wednesday 27 June 2012

Nalla dakwa Anwar tertekan

Oleh Metra Syahril Mohamed
KUALA LUMPUR, SELASA, 26 Jun, 2012: Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini tertekan atas desakan pelbagai pihak yang memintanya memulangkan wang RM3 bilion kepada rakyat.

Bagaimanapun beliau yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) yakin Anwar tidak akan berbuat demikian malah akan menuding jari kepada pemimpin-pemimpin UMNO kononnya dakwaan itu adalah satu konspirasi.

"Saya yakin Anwar tak akan mengaku. Beliau akan tetap menyalahkan orang lain. Cuba teliti kenyataannya sejak 1998. Apa sahaja dakwaan dilemparkan, Anwar akan kata itu konspirasi.

"Dia mahu tipu rakyat. Berapa lama dia boleh tipu? Saya amat faham perangai Anwar yang angkuh dan tidak akan mengaku salah atas kesilapan diri sendiri. Saya juga tahu tahap nafsu Anwar terhadap wang," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat MIUP di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment