My Add

Wednesday 27 June 2012

Anwar, Wan Azizah digesa buat pernyataan bersumpah

KUALA LUMPUR, SELAS, 26 Jun, 2012: Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diminta membuat pernyataan bersumpah bagi mengesahkan pengakuan 'wanita misteri', Zaliah Zakaria tidak mengenali Ketua Pembangkang itu.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim berkata, pernyataan bersumpah berkenaan penting untuk menyangkal dakwaan yang dibuat oleh ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali sebelum ini bahawa Anwar sangat mengenali Zaliah.

Katanya, kenyataan secara terbuka dan retorik sahaja tidak memadai kerana rakyat ketika ini sudah kurang percaya dengan kata-kata Anwar serta Wan Azizah.

Jelas Ruslan, selama ini pun terlalu banyak isu yang dikaitkan dengan Anwar serta Wan Azizah tergantung begitu sahaja tanpa sebarang hujah dan alasan menyakinkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment