My Add

Tuesday 5 June 2012

Nilai pemimpin negara yang boleh kotakan janji

SEMPORNA, SELASA, 05 Jun, 2012: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal meminta rakyat menilai kepimpinan negara berdasarkan keupayaan mengotakan janji dan bukan melihat semangat mereka ketika berceramah serta pada retorik semata-mata.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, penilaian terhadap pimpinan kerajaan seperti itu wajar memandangkan jika dapat mengotakan janji adalah jelas lebih baik dan memberi impak nyata kepada rakyat.

Shafie berkata, perlu dilihat apa yang dapat dinikmati rakyat sama ada dari segi fizikal, sosial dan ekonomi.

"Saya tekankan bahawa dalam kita menilai dan memilih mana satu kepimpinan atau parti yang perlu disokong janganlah hanya berlandaskan janji dan ucapan mereka sahaja.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun baru tiga tahun menerajui kerajaan namun telah mencetuskan banyak idea untuk membela rakyat dan memajukan negara kita," katanya selepas menghadiri Program Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Simunul dan Kampung Air dekat sini semalam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment