My Add

Tuesday 26 June 2012

Orang Melayu perlu beri UMNO sokongan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 25 Jun, 2012: Orang Melayu tidak mempunyai pilihan selain memberi sokongan sepenuhnya kepada UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang bagi memastikan kelangsungan Islam, Melayu serta institusi raja-raja terus terpelihara.

Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin berkata, mereka perlu sedar bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas tidak boleh diharapkan untuk menjaga kepentingan tiga komponen penting itu kerana jelas perjuangan dua parti berkenaan semakin terpesong.

Beliau berkata, PKR yang kini diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga kini didapati tidak mampu memikul tanggungjawab itu dan begitu juga dengan Pas kerana impian kedua-duanya adalah untuk ke Putrajaya sahaja.

"Adakah kita boleh bergantung harap kepada PKR yang kini diketuai oleh Anwar ini untuk membela Islam, Melayu dan raja-raja? Begitu juga dengan Pas, adakah parti yang menyokong perkataan Allah digunakan oleh orang Kristian ini kita boleh bergantung harap untuk membela Islam, Melayu dan raja-raja?" tanya beliau.

Sementara itu Perkasa) bersiap sedia menajamkan pemikiran dan menghurai kaedah perjuangan mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 dalam usaha mengekalkan kuasa Melayu, Islam serta institusi beraja di negara ini.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, perjuangan untuk mengekalkan ketiga-tiga asas pembentukan negara itu adalah sangat rumit, memandangkan ketika ini wujud golongan sebangsa yang sanggup menjadi tali barut menjual asas-asas berkenaan untuk memenuhi hasrat politik. - UTUSAN



No comments:

Post a Comment