My Add

Tuesday 26 June 2012

LGBT: Jelaskan pendirian

Oleh ASSIM HASSAN
KUALA LUMPUR, ISNIN, 25 Jun, 2012: Pakatan pembangkang digesa menjelaskan pendirian mereka sama ada akan membuat pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan dan negeri berhubung isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) jika berjaya mentadbir negara.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek berkata, penjelasan itu amat diperlukan agar rakyat tidak keliru dengan perjuangan mereka dalam isu LGBT sebelum ini.

Selain itu, beliau yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, pakatan pembangkang perlu menjelaskan kepada rakyat sama ada pindaan akan dibuat bagi membenarkan seorang biseksual menjadi ketua pembangkang.

"Kita meminta pakatan pembangkang membuat kenyataan terbuka tentang pendirian rasmi mereka dalam persoalan perkahwinan sejenis dan LGBT," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment