My Add

Friday, 22 June 2012

Panduan baru hantar wang dikaji

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Satu garis panduan baru mengenai prosedur pengumpulan dan penghantaran wang oleh pekerja akan dikaji dalam masa terdekat bagi memastikan kejadian tragis yang menimpa dua petugas tol Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) tidak berulang.

Garis panduan baru tersebut antara lain akan memberi penekanan kepada majikan agar sebarang kerja-kerja mengumpul dan menghantar wang tidak sepatutnya dilakukan kakitangan biasa tanpa dilindungi pengawal keselamatan terlatih serta bersenjata kerana ia tugas berisiko.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Kesihatan Pekerjaan minggu depan dengan mengambil kira undang-undang sedia ada serta pandangan daripada pihak polis. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment