My Add

Friday, 22 June 2012

KGT masih beroperasi di sebalik kontroversi

KOTA BHARU, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd. (KGT) masih berurusan seperti biasa walaupun di sebalik kontroversi yang timbul selepas tiga individu membuat laporan polis terhadap salah seorang pegawai kanan syarikat tersebut.

Tinjauan Utusan Malaysia di pejabat tersebut di KB Cyber Plaza serta di tapak Ekspo Perdagangan Dunia Islam dan Konvensyen Halal Berasaskan Dinar dan Dirham di pekarangan Stadium Sultan Muhamad IV hari ini mendapati proses penjualan dinar tersebut masih berjalan seperti biasa.

Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan komen daripada Pengurus Besarnya, Mahadi Mokhtar mengenai isu tersebut gagal apabila dimaklumkan oleh kakitangan syarikat itu, beliau sibuk.

Pada masa sama, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa dan Mahadi gagal dihubungi bagi mendapatkan reaksi berhubung isu tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment