My Add

Saturday 23 June 2012

Pas kian terpesong daripada perjuangan asal

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 22 Jun, 2012: Siri jelajah bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali kali ke-141 semalam, membuktikan beliau komited memberi kesedaran kepada umat Islam mengenai ancaman terhadap masa depan mereka, Islam dan institusi raja jika pakatan pembangkang berkuasa.

Dalam ceramah Bicara Memperkasakan Ummah bertajuk Islam, Melayu dan Raja Menuju Kehancuran di padang Klinik Kesihatan Beranang, bekas Exco kerajaan negeri Selangor itu menyeru rakyat agar menolak pakatan pembangkang, khususnya Pas yang semakin ‘hanyut’ daripada perjuangan sebenar kerana gilakan kuasa.

Tegas Hasan, sejak zaman Ahmad Fuad Hassan hingga Datuk Fadzil Mohd. Noor sebagai Presiden Pas, parti itu sentiasa komited memperjuangkan penubuhan sebuah negara Islam, tetapi sejak bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perjuangan itu ditukar kepada negara berkebajikan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment