My Add

Saturday 23 June 2012

Faekah mengaku hantar surat

Oleh AZIAN AZIZ
SHAH ALAM, JUMAAT, 22 Jun, 201: Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin mengaku menghantar surat agar sebuah firma guaman yang mempunyai hubungan keluarga dengannya ‘dipertimbangkan’ menjadi panel peguam di syarikat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Bagaimanapun beliau mendakwa, surat itu dihantar bersama beberapa surat firma guaman lain yang turut berminat menjadi panel guaman di PNSB dan syarikat milik kerajaan negeri lain.

“Kesemua surat permohonan daripada firma guaman itu dihantar kepada pejabat Menteri Besar dan saya telah hantar surat kepada PNSB untuk memanjangkan permohonan tersebut termasuklah surat daripada firma guaman anak saudara saya.

“Itu adalah amalan biasa apabila ada syarikat yang menghantar permohonan kepada Menteri Besar untuk mendapat peluang perniagaan di syarikat milik kerajaan negeri dan kita panjangkan kepada syarikat tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment