My Add

Saturday, 2 June 2012

Pegang nilai kenang budi - PM

KLANG, JUMAAT, 01 Jun, 212: Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan seluruh rakyat di negara ini supaya sentiasa berpegang kepada nilai mengenang budi dalam kehidupan mereka.

Sambil memberikan contoh falsafah masyarakat Cina ‘apabila kita minum air perigi, jangan lupa siapa yang gali perigi’ Perdana Menteri berkata, semangat itu dilihat amat penting bagi memastikan setiap masyarakat tidak lupa akan tanggungjawab mereka kepada yang berjasa.

Jelas Najib, ibu bapa merupakan contoh terbaik dalam membicarakan soal mengenang budi kerana golongan itu sebenarnya banyak melakukan pengorbanan untuk memastikan kejayaan dikecapi semua pihak pada masa ini.

“Baik seorang Perdana Menteri, jutawan, tauke atau sesiapa sahaja tidak akan berjaya tanpa kasih sayang dan pengorbanan dari seorang ibu bapa," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis Makan Malam Jasamu Dikenang Sempena Hari Ibu Bapa bersama lebih 10,000 warga Pandamaran, di sini malam tadi.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai dan Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment