PASIR MAS, JUMAAT. 01 Jun, 2012: Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegur Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria agar tidak melibatkan diri dengan politik serta memberi pandangan yang memihak kepada UMNO adalah kurang sopan.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, teguran Nik Abdul Aziz terhadap Harussani hanyalah persepsi peribadi semata-mata demi kepentingan politiknya.
Beliau berkata, Nik Abdul Aziz seharusnya mencermin diri dahulu sebelum menegur orang lain terutamanya mufti yang sememangnya arif mengenai selok-belok agama.
"Sebenarnya Nik Abdul Aziz yang tidak betul kerana sudah terlalu banyak mengeluarkan pandangan yang bercanggah dengan kepentingan Islam.
"Saya yakin sekiranya Mufti Perak itu memberikan pandangan yang boleh menguntungkan Pas barulah Nik Abdul Aziz akan berpuas hati, namun jika ia bertentangan semuanya tidak betul," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan kumpulan tabligh di Pondok Kampung Apa-Apa, Gelang Mas, di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment