My Add

Friday 8 June 2012

Pelabur asing mudah berniagaan di Malaysia - PM

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 08 Jun, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, adalah mudah bagi pelabur asing menjalankan perniagaan di negara ini seperti yang dibuktikan dengan kehadiran pakar pertukaran asing utama dunia, Travelex Group, di Malaysia.

Dengan mengatakan bahawa ini adalah bukti untuk lebih ramai pelabur asing menjalankan perniagaan di negara ini, beliau berkata, kehadiran mereka di Malaysia adalah sokongan terhadap dasar-dasar yang ada.

"Inilah apa yang kita (Malaysia) cuba beritahu dunia, bahawa adalah mudah untuk menjalankan perniagaan di negara ini," kata Najib pada majlis pelancaran Travelex Malaysia Sdn. Bhd. di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment