My Add

Friday 8 June 2012

PTPTN tarik balik pembekuan pinjaman

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 08 Jun, 2012: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini menarik balik pembekuan pinjaman terhadap pelajar baru Universiti Industri Selangor (Unisel).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan, langkah itu diambil berikutan rayuan dan penjelasan Unisel bahawa ia tidak berniat untuk memberi pendidikan percuma kepada pelajar.

"Unisel juga mengakui bahawa PTPTN penting untuk pelajar justeru mengambil kira penjelasan dan keseriusan Unisel mengenai perkara ini saya telah meminta PTPTN menarik balik pembekuan itu pagi ini,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment