My Add

Friday, 22 June 2012

Penghuni rumah panjang diselubungi ketakutan

SARATOK, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Lebih 50 penduduk Rumah Panjang Nanga Sungai Anak, Roban di sini kini diselubungi ketakutan apabila buaya yang selama ini menjadi 'sebahagian' daripada kehidupan mereka mula mengganas sehingga mengorbankan seorang penghuninya, petang kelmarin.

Ini kerana, Sungai Anak dan Sungai Seblak yang menjadi habitat haiwan pemangsa itu merupakan nadi kehidupan seharian mereka sama ada untuk berulang alik ke Pekan Roban bagi mencari rezeki dan mandi.

Tinjauan Utusan Malaysia menggunakan sebuah perahu panjang dari pangkalan Pekan Roban ke rumah panjang berkenaan melalui Sungai Seblak sebelum memasuki Sungai Anak petang semalam mendapati lebih 10 ekor buaya dikesan berada di tebing dan gigi air.

Ironinya, di sepanjang sungai terbabit kelihatan beberapa kumpulan nelayan sibuk menjaring udang walaupun mengetahui risiko yang menanti mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment