PETALING JAYA, JUMAAT, 22 Jun, 201: Seorang peniaga kedai serbaneka warga Indonesia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan merompak seorang ahli perniagaan wanita.
Muhammad Yusuf, 40, bersama seorang lagi yang masih bebas, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Robaiyah Amir, 53, di tempat letak kereta pekarangan stesen minyak Petronas berhampiran Pasar Borong Serdang, Selangor pada jam 5.30 petang, 9 Jun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.
Hakim Yasmin Abdul Razak membenarkan Muhammad diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Julai untuk sebutan kes.
Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Chong Yin Xin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment