My Add

Sunday 10 June 2012

Peruntukan lebih RM3.6 juta untuk latihan penyelia, guru KAFA

KUALA TERENGGANU, AHAD, 10 Jun, 2012: Kerajaan persekutuan bersetuju menyalurkan peruntukan RM3,581,660 juta untuk latihan penyelia dan guru-guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) bagi membeli bahan-bahan peralatan bantu mengajar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, peruntukan itu disalurkan kepada kerajaan negeri melalui jabatan atau Majlis Agama Islam negeri-negeri.

"Bagi negeri Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, peruntukan disalurkan melalui jabatan atau Pejabat Pembangunan Persekutuan negeri masing-masing manakala bagi Terengganu ia disalurkan melalui Yayasan Islam Terengganu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kursus Pengenalan Kaedah Iqra kepada guru-guru KAFA negeri Terengganu dan penyerahan bantuan kerajaan persekutuan kepada kelas-kelas KAFA seluruh negara di sini. Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri Terengganu Khazan Che Mat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment