My Add

Sunday 10 June 2012

Marin gagalkan cubaan seludup 1,350 helai tudung

TUMPAT, AHAD, 10 Jun, 2012: Pasukan Polis Marin Wilayah 3, Pengkalan Kubor merampas sebanyak 1,350 helai kain tudung dianggarkan bernilai RM33,750 yang cuba diseludup masuk ke negara ini di pangkalan haram Derdap Nibong dekat sini malam tadi.

Rampasan tersebut dilakukan oleh anggota PPM yang sedang menjalankan rondaan Ops Pensura 1 di kawasan berkenaan kira-kira pukul 7.

Pemangku Pegawai Pemerintah Pasukan Marin Pengkalan Kubor, Asisten Supritendan Wan Ismail Wan Mamat berkata, ketika melalui kawasan terbabit, anggotanya terserempak dengan beberapa lelaki disyaki penyeludup yang sedang memunggah sesuatu daripada sebuah bot ke tebing sungai.

Menurutnya, menyedari kehadiran anggota PPM kumpulan lelaki berkenaan segera melarikan diri dengan bot berkenaan ke arah Thailand.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan, kami menemui lima bungkusan plastik besar berwarna merah mengandungi kain tudung pelbagai warna dipercayai diseludup masuk dari negara jiran," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment