My Add

Friday 22 June 2012

PKR Selangor bergolak

Oleh HELMI MOHD FOAD
SHAH ALAM, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor yang mula panas sejak pertengahan bulan ini bagaikan sampai kemuncaknya.

Ini apabila Pengarah Strategik PKR Pusat, Rafizi Ramli mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor seperti yang ditulis dalam laman sosial, Twitternya hari ini.

Walaupun memberi alasan langkah itu bertujuan untuk berehat namun blog-blog mengaitkan ia secara tidak langsung sebagai reaksi protes terhadap pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah lama berkrisis dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Tindakan Rafizi terjadi hanya dua hari selepas Abdul Khalid mengeluarkan kenyataan mempertahankan Faekah yang dikatakan menghadapi tekanan meletakkan jawatan daripada penyokong Azmin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment