My Add

Friday 22 June 2012

Mengundi secara automatik dibahas selepas RCI

PUTRAJAYA, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Cadangan untuk melaksanakan sistem pendaftaran pengundi secara automatik kepada rakyat Malaysia yang mencapai umur 21 tahun mungkin menjadi kenyataan selepas perbincangan mengenainya selesai.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, perkara tersebut sudah dibawa ke Parlimen dan dipersetujui untuk dibahaskan.

Katanya, ia akan dibahaskan selepas selesai siasatan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah.

"Kita sudah bawa ke Parlimen tapi Jawatankuasa Khas Parlimen mencadangkan perkara itu mungkin dilihat selepas siasatan mengenai pendatang asing di Sabah sebab ia melibatkan masalah kewarganegaraan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri forum bertajuk Hak lawan Keselamatan untuk mewujudkan keseimbangan sempena Seminar Kebebasan Berhimpun di Jabatan Peguam Negara, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment