My Add

Saturday 9 June 2012

PLKN: Aktiviti air diteruskan selepas dibina kolam bersimen

SUNGKAI, SWbtu, 09 Jun, 2012: Aktiviti air di kolam semulajadi dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dihentikan ketika ini akan dilaksanakan semula selepas semua kem latihan di seluruh negara dilengkapi kolam bersimen.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan akan meminta semua pengusaha kem PLKN untuk membina kolam bersimen bagi menggantikan kolam semulajadi yang digunakan untuk aktiviti air sebelum ini.

"Dalam peraturan yang dikeluarkan oleh kementerian, untuk pengambilan kali ini kita tidak masukkan modul latihan dalam air kerana kita tidak mahu sebarang jangkitan yang disebabkan oleh air berlaku kepada peserta PLKN," katanya selepas majlis pelancaran Kompeni Askar Wataniah Wilayah Felda Negeri Perak di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment