My Add

Saturday 9 June 2012

Proses tingkatkan taraf Mahkamah Syariah di peringkat akhir

PUTRAJAYA, SABTU, 09 Jun, 2012: Proses meningkatkan taraf sistem perundangan syariah di negara ini iaitu dengan menambah peringkat mahkamah syariah daripada tiga kepada lima peringkat kini berada di tahap akhir dan akan dibentangkan di Parlimen secepat mungkin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, draf mengenai pindaan perundangan tersebut telahpun siap namun perlu dibentangkan kepada majlis agama negeri dan ketua agama Islam negeri, memandangkan hal ehwal agama Islam terletak di bawah bidang kuasa negeri.

Sehingga kini katanya, draf itu telah dibentangkan kepada sebahagian besar majlis agama negeri serta ketua agama Islam negeri, kecuali bagi Negeri Sembilan, Kedah dan Pahang.

"Kita bentang, terima apa saja teguran dan pandangan, kita balik betulkan balik dan tunjukkan balik.

"Kalau dah selesai persetujuan itu baru kita bawa ke mesyuarat Majlis Raja-Raja, sebab bila di peringkat negeri dah setuju apabila dibawa ke Majlis Raja-Raja kita harap di situ akan menjadi satu tempat untuk kita mendapat kuasa untuk dibawa ke Parlimen untuk diberi kelulusan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment