My Add

Monday 25 June 2012

PM terkejut Pas pentingkan parti berbanding haji

KUALA LUMPUR, ISNIN, 25 Jun, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau terkejut apabila Pas yang mendakwa sebuah parti Islam tergamak mementingkan kepentingan parti berbanding ibadah haji yang merupakan rukun Islam kelima.

Perdana Menteri berkata, Pas sanggup mengutamakan fardu kifayah berbanding fardu ain sedangkan Islam mensyaratkan ibadah haji tidak boleh dilewat-lewatkan jika berkemampuan.

“Percayalah bahawa kerajaan sentiasa pertimbang semua faktor untuk mengadakan pilihan raya dan saya akan pastikan pertimbangan itu selaras dengan kehendak Islam itu sendiri," kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Sekretariat Ulama-Umara (Umum) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment