My Add

Tuesday, 12 June 2012

Polis dapat maklumat awal hadapi ancaman peserta Bersih 3.0

KUALA LUMPUR, SELASA, 12 Jun, 2012: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat maklumat awal akan menghadapi ancaman daripada peserta perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop berkata, maklumat itu diperolehi pada satu majlis dua hari sebelum perhimpunan berkenaan diadaan.

Sehubungan itu, tambahnya, pasukan keselamatan telah membuat persiapan rapi dari segala segi bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam pada perhimpunan itu terjamin.

"Kita telah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan dan membuat persiapan sewajarnya termasuk kekuatan anggota yang mencukupi dan logistik," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) mengenai persiapan dan sejauhmana kementerian bersedia menangani kemungkinan yang berlaku ketika perhimpunan haram itu di Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment