My Add

Tuesday, 12 June 2012

Pemindahan organ di Malaysia telus, ikut prosedur

KUALA LUMPUR, SELASA, 12 Jun, 2012: Kementerian Kesihatan menjelaskan aktiviti pemindahan organ di Malaysia dilakukan secara telus serta mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, dakwaan mengatakan negara ini menjalankan aktiviti tersebut secara haram adalah tidak benar sama sekali.

"Ini kerana setiap pemindahan organ perlu mendapat kelulusan daripada satu jawatankuasa khas dan hanya selepas mendapat kelulusan barulah pemindahan itu dapat dilakukan.

"Justeru, saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan negara terlibat dengan akitiviti pemindahan secara haram," katanya ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Kementerian Kesihatan dengan Novartis (M) Sdn. Bhd. di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment