My Add

Tuesday 26 June 2012

Polis tumpas sindiket edar dan proses dadah

KUALA LUMPUR, ISNIN, 25 Jun, 2012: – Polis menumpaskan sindiket pengedaran dan memproses dadah dengan penahanan sembilan lelaki, termasuk dua warga Nigeria dalam beberapa serbuan di ibu negara dan merampas dadah jenis syabu, ketamin dan eramin 5 bernilai lebih RM1.3 juta.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, dalam serbuan yang dilakukan selama empat hari bermula Rabu lepas di ibu negara, polis turut membongkar sebuah makmal memproses dadah di sebuah apartmen di Plaza 393 Jalan Shelly di sini pada Rabu lepas dan merampas peralatan memproses dadah sintetik.

"Pendedahan makmal itu berjaya dilakukan selepas polis membuat serbuan ke atas sebuah kereta jenis Proton Persona di Taman Segar, Cheras 2.20 petang pada hari yang sama dan menemui dua paket plastik lutsinar mengandungi bahan serbuk warna kekuningan disyaki dadah jenis ketamin seberat 1.2kg.

"Empat lelaki tempatan berumur antara 21 hingga 25 tahun yang mana dua daripada mereka bekerja sebagai penghantar surat ditahan selepas polis menemui ketamin yang bernilai RM35,000 itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hasil soal siasat ke atas suspek, tiga jam kemudian, polis menjalankan serbuan ke atas apartmen terbabit dan menemui makmal memproses dadah berkenaan di dalam bilik utama, katanya.

Amar Singh berkata, dalam satu lagi serbuan pada Rabu lepas, sebuah kereta jenis Toyota Alphard ditahan di persimpangan Jalan Walter Grenier, Bukit Bintang pada 11.30 pagi, polis menemui lima bungkusan surat khabar yang mengandungi bahan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 4.9kg.

Nilai syabu yang dirampas bernilai RM750,000 dan polis menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai pemandu teksi berumur 39 tahun. – BERNAMA

KUANTAN – Polis menahan dua lelaki disyaki pengedar dadah yang menjadikan sebuah kabin kosong di ladang getah dekat Lanchang, Temerloh sebagai tempat membungkus dadah.

Dalam kejadian 2 petang semalam itu, kedua-dua suspek berumur 26 dan 27 tahun itu berjaya diberkas, manakala seorang lagi suspek, 30, berjaya melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Md Nor Mansor berkata, dalam kejadian 2 petang itu, ketiga-tiga suspek yang berumur 26 hingga 30 tahun itu sedang asyik membungkus dadah jenis syabu dan ganja untuk diedarkan.

Bagaimanapun, seorang daripada suspek itu dapat melarikan diri, katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis menemui dadah dan syabu dianggarkan bernilai RM500. Polis turut menemui 14 butir peluru senapang patah. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment