My Add

Tuesday 26 June 2012

Perak terima nilai pelaburan RM1 bilion

IPOH, ISNIN, 25 Jun, 2012: Negeri Perak mencatatkan nilai pelaburan sebanyak RM1 bilion bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini berbanding RM984 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas mengikut perangkaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

.Beliau berkata dalam situasi ekonomi dunia yang sederhana termasuk krisis yang melanda zon Euro, nilai pelaburan itu menunjukkan satu pencapaian yang baik oleh negeri Perak.

"Terima kasih kepada pihak pelabur yang sentiasa mempunyai keyakinan terhadap kemampuan kerajaan negeri dalam menguruskan dan memberi perkhidmatan terbaik kepada pelabur.

"Kita sentiasa mengamalkan dasar mesra pelabur dalam memberi kerjasama kepada mereka," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan projek kilang besi Maegma Steel HRC Sdn Bhd dan menyaksikan majlis tandatangan perjanjian jualan gas antara syarikat itu dan Petronas di sini hari ini.

Beliau berkata kesan daripada dasar kerajaan itu dapat dilihat dengan pelaburan syarikat pengeluaran besi Maegma Steel HRC yang memeterai perjanjian penjualan gas dengan Petronas hari ini untuk membekalkan gas untuk operasi syarikat itu yang dijangka bermula pada Jun 2015.

"Ia satu lagi projek besar di Perak yang akan memberi pulangan ekonomi yang baik kepada negeri ini dan kewujudan syarikat pengeluar bijih besi, Vale yang beroperasi di Teluk Rubiah turut akan membawa masuk syarikat-syarikat industri hiliran yang lain," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment