My Add

Wednesday 13 June 2012

Produk berasas bahan pengawet patut melalui ujian

MELAKA, SELASA, 12 Jun, 2012: Kementerian Kesihatan menyarankan usahawan produk kosmetik, herba, ubat-ubatan dan makanan yang menggunakan bahan pengawet supaya melakukan ujian toksikologi dan mutagenisiti bagi memastikan produk mereka menepati tahap kualiti dan selamat digunakan.

Pengarah Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Azmi Shapie berkata, ujian saringan keselamatan produk penting kerana ia merupakan langkah pencegahan awal terhadap risiko penyakit, terutama kanser.

"Ujian toksikologi dan mutagensiti amat penting terutama dalam industri kosmetik, farmaseutikal dan makanan, lebih-lebih lagi apabila melibatkan penggunaan bahan pengawet yang mungkin boleh mendatangkan risiko penyakit serius, atau kesan sampingan jika kandungannya tidak mengikut piawaian," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Kesedaran Keselamatan Ujian Toksikologi dan Mutagensiti di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment