My Add

Wednesday 27 June 2012

PTPTN: Kecualikan pelajar cemerlang sukan bayar pinjaman

PUTRAJAYA, SELASA, 26 Jun, 2012: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diminta mempertimbangkan cadangan mengecualikan penuntut universiti yang cemerlang dalam bidang sukan daripada membayar balik pinjaman tersebut atau membuat pembayaran balik separuh sahaja.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kecemerlangan sukan perlu diambil kira kerana ia merupakan titik tolak untuk membina kekuatan dan maruah negara di peringkat global pada masa depan.

Katanya, cadangan itu juga sebagai pengiktirafan kerajaan terhadap penuntut universiti yang berusaha gigih memperoleh kejayaan cemerlang dalam sukan yang disertainya.

''Mungkin kita (Kementerian Belia dan Sukan) perlu mengadakan rundingan dengan PTPTN supaya mempertimbangkan skop kecemerlangan mereka tidak hanya dalam akademik tetapi juga bidang sukan, secepat mungkin," katan ya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment