My Add

Wednesday 27 June 2012

Rafflesia 10 kelopak

*IYLIA Ainuddin (kanan) bersama Pegawai Penyelidik FRIM, Siti Munirah Mat Yunoh menunjukkan bunga Rafflesia yang mempunyai 10 kelopak bunga di Royal Belom, Gerik, semalam. - utusan/Roy Azis Abd Aziz

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
IPOH, SELASA, 26 Jun, 2012: Bunga pakma atau Rafflesia iaitu bunga terbesar di dunia lazimnya ditemui mempunyai lima kelopak.

Bagaimanapun, spesies hibrid betina fauna berkenaan ditemui memiliki 10 kelopak berdiameter 46 sentimeter di Sungai Gadong, Taman Negeri Royal Belum, Gerik dekat sini, Sabtu lalu.

Tumbuhan parasit tersebut ditemui seorang pekerja Perbadanan Taman Negeri Perak ketika menjalankan kerja-kerja rutin harian menyelia kawasan berkenaan.

Pengurus Perbadanan Taman Negeri, Iylia Ainuddin berkata, penemuan bunga itu yang dikenal pasti sebagai hasil evolusi antara spesies R. azlanii dan R. cantleyi telah disahkan sebagai yang pertama di dunia. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment