My Add

Monday 4 June 2012

Remaja parah diserang lebih 30 lelaki

GEORGETOWN, ISNIN, 04 Jun, 2012: Seorang remaja parah selepas ditetak dan dibelasah lebih 30 lelaki dalam satu kejadian di Kampung Baru, Air Itam di sini malam tadi.

K. Sasikumar, 19, menerima lebih 100 jahitan dan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Pulau Pinang akibat kejadian pukul 8 malam itu.

Jurucakap polis berkata, kejadian dipercayai berlaku berikutan salah faham antara mangsa dan sekumpulan lelaki berkaitan beberapa perkara.

"Berikutan berang dengan mangsa, beberapa lelaki itu memanggil rakan-rakan mereka ke tempat kejadian sebelum menyerang Sasikumar menggunakan senjata tajam dan kayu," katanya di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment