My Add

Tuesday 26 June 2012

RM10,000 untuk Suhanraj belajar di West Point

KUALA LUMPUR, SELASA, 26 Jun, 2012: Suhanraj Rajasegaran, rakyat Malaysia keturunan India pertama mengikuti program pengajian di Akademi Tentera Amerika Syarikat di West Point, menerima sumbangan RM10,000 daripada MIC.

Anak kepada seorang pegawai waran bersara, Suhanraj, 20, menerima sumbangan itu daripada Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel.

"Sumbangan ini bagi mengiktiraf kejayaan Suhanraj serta menyatakan sokongan kami kepada beliau,” kata Palanivel, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pada majlis penyampaian sumbangan itu di sini semalam.

Suhanraj, yang akan menuntut pengajian dalam bidang kejuruteraan elektrik, berkata, beliau berterima kasih kepada keluarganya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana memberi sokongan atas peluang diperolehinya.

Beliau berjanji tidak akan menghampakan harapan keluarga dan negara dalam mengharumkan nama negara semasa menuntut di sana. – BERNAMA



No comments:

Post a Comment