My Add

Monday 11 June 2012

Saksi mengaku fitnah Mat Sabu berdarkan laporan akhbar


*TIMBALAN Presiden Pas, Mohamad Sabu (dua dari kanan), hadir perbicaraan di Mahkamah Sesyen, Butterworth, hari ini atas dakwaan memfitnah anggota polis dan keluarga mereka di Bukit Kepong, dalam satu ceramah di Tasek Gelugor, Ogos tahun lalu. - Foto Danial Saad

BUTTERWORTH: Saksi pertama kes perbicaraan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai isu komunis Bukit Kepong, hari ini mengaku di Mahkamah Sesyen di sini bahawa beliau membuat dakwaan terhadap Mohamad hanya bersandarkan laporan akhbar bahasa Melayu.

Pesara polis, Visva Nathan, 75 dari Raub, hari ini mengaku beliau memfitnah Mat Sabu serta meminta maaf kerana membuat laporan polis terhadapnya dengan hanya merujuk kepada laporan akhbar berkenaan.

Nathan mengaku membuat laporan polis pada 27 Ogos selepas membaca laporan akhbar itu di mana dakwaan itu hanya berdasarkan pada sangkaan dan andaian.
"Saya minta maaf dan tidak mahu pihak polis mengambil tindakan," katanya di depan Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajuddin di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Nathan mengaku membuat fitnah itu selepas diberikan dua laporan iaitu keratan akhbar berkenaan dan teks ceramah Mat Sabu yang tidak mengandungi perkataan komunis.

Mat Sabu, 57, didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka di Bukit Kepong dalam satu ceramah di Tasek Gelugor, Ogos tahun lalu.

Mahkamah menetapkan 13, 16 dan 17 Jun untuk sambungan perbicaraan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment