My Add

Wednesday 27 June 2012

Salurkan segera kes kematian ke JPN

KUALA LUMPUR, SELASA, 26 Jun, 2012: Seorang wakil rakyat Bebas hari ini mencadangkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyalurkan secara terus maklumat melalui online ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengenai identiti si mati sebaik sahaja urusan pengebumian selesai.

Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berkata, tindakan segera itu dapat mengelakkan JPN dan SPR daripada terus dipersalahkan oleh pihak tertentu mengenai ketelusan daftar pemilih termasuk dakwaan pengundi hantu.

"Apakah tidak ada kaedah penyelesaian menerusi teknologi maklumat mengenai isu ini, padahal sebelum si mati ditanam (disemadikan), mestilah ia (urusan itu) dapat kebenaran daripada pihak polis, sepatutnya pada masa yang sama online terus ke JPN (untuk sahkan individu telah meninggal dunia, seterusnya dikeluarkan nama daripada daftar pemilih)," kata beliau ketika bertanyakan soalan kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab soalan Ibrahim itu, Chee Leong secara ringkas memberitahu, KDN akan meneliti cadangan tersebut.

Mengulas lebih lanjut, Ibrahim turut mempersoalkan sikap segelintir individu yang liat hendak mengambil kad pengenalan yang siap di JPN.

"Banyak yang tidak tuntut IC (kad pengenalan)...bertimbun banyaknya (di JPN). Bagi saya, kalau dah siap seminggu, tak ambil, bakar je," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment