My Add

Thursday 28 June 2012

Segera lantik wanita jadi hakim Mahkamah Syariah

KUALA LUMPUR, RABU, 27 Jun, 2012: Pergerakan Wanita UMNO meminta kerajaan melantik segera golongan wanita memegang jawatan hakim Mahkamah Syariah seiring dengan perkembangan dan tuntutan sosial masyarakat ketika ini.

Naib Ketuanya, Datuk Kamilia Ibrahim berkata, langkah itu boleh dilakukan kerana ketika ini terdapat ramai wanita yang berkelayakan dalam bidang tersebut dan daya intelektual mereka juga setanding dengan kaum lelaki.

''Ketika ini sudah ada wanita yang menjadi hakim Mahkamah Rendah Syariah seperti di Wilayah Persekutuan, Perlis dan Melaka tetapi belum ada lagi yang dilantik memegang jawatan hakim di peringkat tertinggi di Mahkamah Syariah," katanya ketika dihubungiUtusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, wanita perlu diberi peluang sama rata dengan diberi pengiktirafan tersebut bersesuaian dengan usaha yang sedang diambil dalam membuat transformasi struktur kehakiman syariah pada masa ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment