My Add

Thursday, 28 June 2012

Nasib khatib baca doa guling kerajaan 10 Julai

PULAU PINANG, RABU, 27 Jun, 2012: Nasib khatib yang didakwa membaca doa meminta Kerajaan Pusat digulingkan ketika menyampaikan khutbah di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Taman Guar Perahu, Bukit Mertajam pada Jumaat lalu akan diketahui 10 Julai ini.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Sazali Hussein berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang dijadualkan berlangsung pada tarikh tersebut.

Menurut Sazali, pihaknya sendiri sudah mendengar rakaman serta membaca skrip khutbah itu dan menemuramah beberapa ahli jawatankuasa masjid berkenaan.

Bagaimanapun, beliau enggan membuat sebarang kesimpulan daripada siasatan awal itu.

"Biar mesyuarat MAIPP pada 10 Julai nanti menentukan sama ada terdapat kes atau tidak dalam isu ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment