KUALA LUMPUR, SABTU, 02 Jun, 2012: Rakyat diminta menggunakan kuasa sebagai pengundi untuk menyingkirkan golongan tamak kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Veteran UMNO, Tan Sri Sabbaruddin Chik berkata, golongan tersebut sanggup melakukan apa sahaja termasuk memperjudikan keharmonian negara bagi mencapai matlamat mereka untuk menguasai negara.
Menurut beliau, sikap sedemikian menunjukkan individu-individu yang gila kuasa itu sebenarnya tidak mengambil kira kehendak rakyat yang mahu melihat keamanan negara sentiasa terpelihara.
''Saya berharap rakyat tidak terpengaruh dengan golongan berkenaan dan jangan hiraukan kata-kata mereka.
''Gunakan undi kita untuk mempertahankan negara daripada ancaman anasir- anasir yang ingin menjejaskan keharmonian dan keamanan yang dikecapi selama ini," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment