*HISHAMMUDDIN Tun Hussein berucap dengan penuh bersemangat pada majlis pelancaran Program BN Pilihan Orang Muda peringkat negeri di Jitra, Kedah, semalam. - MINGGUAN/HALIM KHALID
JITRRA, SABTU, 2 Jun, 2012: Tindakan pembangkang yang mendakwa penyokongnya mungkin turun ke jalanan untuk berdemonstrasi jika kerajaan Barisan Nasional (BN) terus didapati melakukan penipuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 disifatkan sebagai tidak masuk akal.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara itu tidak logik disebut seorang pemimpin pembangkang ketika berucap dalam perhimpunan di sebuah stadium yang majlisnya berlangsung tanpa sebarang gangguan.
"Semalam mereka berhimpun di stadium. Adakah logik dia berucap begitu di stadium yang tidak diganggu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program BN Pilihan Orang Muda peringkat negeri di Institut Perguruan Darul Aman (IPDA), Jitra di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment