My Add

Sunday 3 June 2012

SPRM, polis diminta siasat isu padang

KUALA LUMPUR, AHAD, 03 Jun, 2012: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat isu pembangunan projek komersial di padang Kompleks Sukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di SS7, Kelana Jaya di sini.

Ini kerana, lokasi berkenaan yang diwartakan sebagai kawasan lapang dan rekreasi pada 2011 telah bertukar menjadi tapak rancangan pembinaan perumahan bertingkat dan pusat komersial pada 2012.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) kawasan itu, Datuk Abdul Halim Samad berkata, pihaknya mahu PDRM dan SPRM melakukan siasatan menyeluruh untuk mengetahui bagaimana pertukaran itu boleh terjadi hanya dalam tempoh masa tidak lebih setahun.

“Pada Jun tahun lalu, lokasi ini telah diwartakan sebagai kawasan hijau yang bermakna ia harus dikekalkan sebagai kawasan lapang bagi tujuan rekreasi dalam dokumen Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2).

“Tetapi dalam satu dokumen lain, lokasi yang sama telah bertukar menjadi warna biru yang membenarkan lokasi tersebut dibangunkan atas alasan komersial, perkara ini harus disiasat dengan menyeluruh," tambahnya yang turut menyertai bantahan cadangan pembangunan lokasi tersebut, dekat sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment