My Add

Friday, 1 June 2012

Suami bunuh isteri selepas 2 bulan kahwin

BUKIT MERTAJAM, KHAMIS, 31 Mei, 2012: Seorang wanita warga Myanmar yang sebelum ini dikatakan meninggal dunia akibat membunuh diri, dikesan mati dipercayai akibat dibunuh suaminya sendiri di rumah mereka di Kampung Main Road, Perai, di sini pada Ahad lalu.

Peniaga gerai yang dikenali sebagai Hema, 22, tahun dibawa oleh suaminya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini pada pukul 6 petang hari kejadian.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Ab. Lah berkata, suami mangsa yang berusia 20 tahun sebelum itu mendakwa isterinya yang baru dua bulan dikahwini membunuh diri dengan menggantung dirinya.

Katanya, siasatan polis bagaimanapun mendapati terdapat percanggahan dalam percakapan yang diberikan suami mangsa semasa membawa mangsa untuk mendapatkan rawatan di hospital. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment