SUNGAI PETANI, JUMAAT, 22 Jun, 2012: Seorang suri rumah parah manakala anak lelakinya cedera setelah sebuah kotak kecil yang diletakkan dalam pagar rumahnya tiba-tiba meletup sebaik sahaja disentuh di Taman Angsana Sari di sini hari ini.
Tang Cheng Fang, 48, cedera parah di kedua-dua belah tangannya dan perut manakala anak mangsa yang berusia 11 tahun cedera di mata dan telinga.
Kejadian berlaku pukul 8.21 pagi apabila mangsa yang baru pulang dari pasar ternampak sebuah kotak kecil sebesar kotak pensil diletakkan dalam pagar rumahnya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment