My Add

Monday 11 June 2012

Suspek samun guru wanita dicekup polis

KUALA LUMPUR, AHAD, 10 Jun, 2012: Sehari selepas gambarnya disiarkan dalam akhbar, polis berjaya memberkas seorang daripada dua lelaki yang dipercayai terlibat menyamun dan mencederakan seorang guru wanita sebelum meninggalkan mangsa di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Selangor, dekat sini pada Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, lelaki berusia 48 tahun itu ditangkap setelah polis mendapat maklumat daripada orang awam malam tadi.

"Lelaki keturunan India itu dicekup di sebuah kawasan di Taman Farlim, Menglembu, Ipoh, Perak pada pukul 11.15 malam tadi. Dia akan diserahkan kepada polis Selangor untuk membantu siasatan kes samun yang mendatangkan kecederaan parah kepada guru wanita berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semenrara itu di KUALA TERENGGANU, empat lelaki termasuk seorang polis berpangkat Konstabel ditahan selepas dipercayai menyamun sekumpulan warga Indonesia di sebuah rumah kongsi di Jalan Jakar, Kemaman, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, empat hingga lima buruh tersebut sedang tidur sebelum dikejutkan dengan kedatangan tiga lelaki di rumah mereka yang mendakwa polis cawangan narkotik.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan memberitahu, salah seorang daripada suspek itu juga memakai vest tertera 'POLIS'.

Katanya, mereka memaksa semua buruh terbabit berkumpul di luar rumah dan menunjukkan pasport masing-masing.

"Pada masa sama, dua suspek lain masuk ke rumah dan mengambil sebuah beg mengandungi wang tunai RM400 milik seorang buruh berusia 34 tahun.  - UTUSAN

No comments:

Post a Comment