My Add

Monday 4 June 2012

Tiada kesan lebam, darah pada mulut, badan Baharudin

KUALA LUMPUR, ISNIN, 04 Jun, 2012: Seorang saksi hari ini memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa tiada kesan lebam serta darah pada mulut dan badan pemandu teksi, Baharudin Ahmad, yang meninggal dunia ketika perhimpunan haram 9 Julai tahun lepas semasa dia ditemui terbaring di pusat beli-belah Avenue K.

Norizwan Mohamed, 34, seorang kontraktor, turut memaklumkan bahawa Baharudin dilihat terbaring dalam keadaan tersenyum tanpa gigi di bahagian atas.

Norizwan, yang mengakui menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada hari itu, memberitahu mahkamah bahawa ketika tiba di Avenue K, dia terdengar beberapa jeritan meminta tolong berikutan seorang lelaki pengsan.

"Sejurus tiba di tempat kejadian, saya lihat lelaki itu (Baharudin) pengsan, terbaring sambil tersenyum, saya tidak nampak ada kesan gigi patah, tidak ada kesan darah dan dalam masa 45 minit saya kipas dia...

“Saya juga larang orang lain melakukan rawatan pernafasan pemulihan kardiopulmonari (CPR) sebab takut jika teknik tidak betul, walaupun saya sendiri pengakap saya tidak berani, takut berlaku perkara di luar jangkaan... adalah lebih baik menunggu ambulans tiba memberikan bantuan,“ katanya pada perbicaraan inkues bagi menyiasat kematian Baharudin. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment