My Add

Tuesday 12 June 2012

Tumpukan kemenangan pilihan raya, bukan pemilihan calon

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu
KANGAR, SELASA, 12 Jun, 2012: Ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) hendaklah menumpukan usaha mengekalkan kemenangan parti dalam pilihan raya bukan mengenai pemilihan calon, kata Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu. 

“Agenda terpenting menjelang pilihan raya umum ialah menguatkan kedudukan parti bagi memastikan kemenangan,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian elaun kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh negeri di sini, malam tadi.

Md Isa yang juga Menteri Besar Perlis berkata, beliau mahu setiap ahli parti mengelak daripada mempertikaikan calon yang bakal diputuskan pucuk pimpinan.
"Setiap ahli parti komponen BN perlu mempunyai tekad yang sama iaitu memenangkan parti dan bukan bertelagah soal pemilihan calon," katanya. 

Md Isa berkata, BN berazam terus kekal memerintah demi kepentingan rakyat dan berharap orang ramai mendapatkan maklumat sebenar isu semasa supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah atau janji manis pembangkang yang menagih simpati. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment