My Add

Wednesday 13 June 2012

UiTM bekerjasama dengan pemenang Nobel

SHAH ALAM, SELASA, 12 Jun, 2012: Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersedia untuk bekerjasama dengan pemenang Hadiah Nobel 1998 kategori Fisiologi dan Perubatan, Prof Ferid Murad terutama dalam bidang berkaitan kajian perubatan.

Naib Canselor UiTM, Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, kepakaran Murad telah diiktiraf di peringkat tertinggi dan kunjungannya pada hari ini merupakan penghormatan kepada universiti itu.

"Warga UiTM berbangga kerana menjadi institusi pengajian tinggi pertama di negara ini yang menerima kehadiran Prof Murad, lebih-lebih lagi beliau turut menyampaikan syarahan pagi ini dan berkongsi pengalamannya dengan hadirin.

"Prof Murad juga akan mengadakan pertemuan dengan penuntut perubatan UiTM esok untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang perubatan, sekali gus memberikan motivasi terbaik kepada penuntut untuk menjadi penyelidik yang berwibawa,” katanya dalam sidang media selepas Syarahan Nobel Journey of a Laureate Prof Ferid Murad di sini hari ini.

Sahol Hamid berkata, pengalaman yang dikongsikan oleh Murad juga diharapkan menjadi suntikan semangat dalam usaha melahirkan pemenang Hadiah Nobel Malaysia yang dilahirkan dari UiTM. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment