My Add

Wednesday 13 June 2012

Kehadiran panda lambang hubungan akrab dengan China - PM

KUALA LUMPUR, SELASA, 12 Jun, 2012: 12 Jun - Keputusan China untuk membenarkan Malaysia memiliki sepasang beruang panda merupakan lambang kepada hubungan mesra dan akrab antara kedua-dua negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, beruang panda merupakan haiwan berharga bagi China dan kehadirannya di negara ini akan menjadi tarikan utama kepada pelancong tempatan dan asing.

"Saya yakin panda ini akan menjadi tarikan utama bagi rakyat Malaysia dan juga pelawat," katanya pada sesi sembang selama sejam dengan orang ramai menerusi Sesi Sembang NSTLive di laman web NST di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment